Ramai yang suka lauk ringkas dan mudah disediakan seperti Telur Air Asam yang pernah viral dahulu. Sesiapa saja yang pernah membuatnya sebelum ini, pasti memuji kesedapannya.
Telur Air Asam memang sesuai buat mereka yang nak cepat siap masak. Jika dalam keadaan tergesa-gesa tapi perlu memasak, buat saja lauk mudah yang sedapnya memikat ini.
Jika anda belum pernah buat hidangan lauk yang pernah viral ini di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Norul Haisyu di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: 5 Tips Kupas Telur Rebus Yang Cantik, Isi Tak Melekat Pada Kulit
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus telur terlebih dahulu dengan membasuhnya bersih-bersih dan masukkan dalam periuk. Jangan besar sangat, biar cukup-cukup dengan telur lagi baik.
2. Masukkan air sama paras dengan telur dan letakkan di atas dapur, kemudian buka api paling besar.
3. Selepas itu, tetapkan masa selama 7 minit dan pastikan jangan terlebih atau terkurang daripada 7 minit supaya hasil telur rebus jadi cantik.
4. Bagi menyediakan air asam, hiris atau cincang cili api, bawang besar dan tomato.
5. Seterusnya, masukkan asam jawa, garam, ajinomoto, air suam dan bancuh sampai sebati.
6. Kemudian, kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur itu elok, licin dan tak koyak-koyak. Toskan dan potong, letak dalam mangkuk.
7. Akhir sekali, masukkan cili tomato, bawang dan tuang air asam. Siap untuk dihidang!
Setelah selesai menyiapkan Telur Air Asam ini, kami cadangkan anda biarkan dahulu selama 15 minit sebelum menikmatinya supaya air asam meresap dan sebati ke dalam telur.
Kombinasi rasa masam, masin dan pedas membuatkan sesiapa saja yang memakannya pasti berselera. Jika anda sediakan lauk ini untuk keluarga, mereka pasti akan memuji kelazatannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Norul Haisyu
Baca juga: Resepi Telur Puyuh Berempah, Terlajak Sedap Sampai Mak Mentua Pun Puji
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…