Categories: Tips & Petua

Teknik Sukat Beras Basmathi Yang Betul, Baru Elok Berderai & Cantik!

Mari belajar teknik sukat beras basmathi yang betul. Setiap kali nak buat untu menjamu tetamu, dah tak perlu risau lagi nasi lembik dan senang patah. 

Beras Basmathi telah lama menjadi pilihan utama dalam hidangan Hari Raya di kalangan masyarakat Malaysia. Keunikan rasa dan tekstur beras ini membuatkan ia menjadi nasi yang diminati ramai.

Tetapi untuk mendapatkan hidangan yang sempurna, penting untuk mengetahui cara yang betul untuk mengukur beras Basmathi sebelum memasak.

Baca juga: Adab Mencuci Beras Dalam Ajaran Islam, Selitkan Doa Ini Sekali

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mengukur beras Basmathi dengan betul menerusi perkongsian dari Azlita Masam Manis di TikTok.

TEKNIK SUKAT BERAS BASMATHI YANG BETUL

Ada lagi yang tak pasti bagaimana nak masak menggunakan beras basmathi? Berapa sukatan air, jus, santan, dan susu cair yang perlu di letak supaya mendapat nasi yang cantik dan bederai. Jom kita belajar bersama-sama. 

Nota: Sukatan ini untuk 6 cawan beras. Beliau menggunakan beras Basmathi esktra panjang jenama Pusa Gold.

Bahan-bahan: 

Cara-cara penyediaan:

1. Sebelum menyukat beras basmathi, pastikan untuk membersihkannya terlebih dahulu. Bilas beras dengan air sehingga airnya jernih, untuk menghilangkan debu dan kotoran yang mungkin melekat pada beras.

2. Beras basmathi ini tidak perlu direndam, cukup untuk sekadar cuci sehingga bersih sahaja. Ini sukat beras basmathikerana, beras basmathi yang direndam akan mudah patah dan senang melekat di dalam periuk dan senduk.

3. Untuk sukatan 6 cawan beras, pastikan sukatan airnya adalah 9 cawan. 9 cawan ini akan dibahagikan kepada 5 cawan air serta 4 cawan santan yang sudah dicampur bersama jus, yogurt, dan susu cair.

4. Selepas beras diukur, tuangkan beras ke dalam periuk atau pengukus untuk dimasak mengikut resipi yang diinginkan.

5. Masak beras sehingga airnya diserap sepenuhnya dan beras menjadi lembut.

6. Selepas beras dimasak, biarkan ia berehat selama beberapa minit sebelum digaulkan dengan garpu. Ini membantu agar butiran beras tidak hancur dan rasa nasi lebih enak.

Video penuh:

@azlitamasammanis

Ada lagi yang tak pasti bagaimana nak masak nenggunakan beras basmathi ? Berapa sukatan air , jus, santan , susu cair yang perlu di letak supaya mendapat nasi yang cantik dan bederai. Jom kita belajar bersama2 😄 #berasbasmati #tipsmasaknasi #tipsmemasaknasi #beras #azlitamasammanis

♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat menyukat beras basmathi dengan betul untuk mencapai hasil hidangan yang sempurna setiap kali memasak. Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia Air Beras Yang Ramai Tak Tahu, Orang Dedulu Selalu Guna

Sumber: TikTok Azlina Masam Manis

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

4 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

5 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

8 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

8 hours ago