teknik bakar kek

Tiada oven untuk memasak kek? Tiada masalah! Anda masih boleh guna teknik bakar kek dalam periuk menggunakan dapur gas. Majoriti individu menggunakan ketuhar untuk membakar kek. Walau bagaimanapun, siapa sangka, kek juga boleh dibakar di atas dapur gas.

Sebenarnya, ini adalah cara yang sering digunakan oleh orang tua dulu-dulu untuk memasak kek. Dan hasilnya, kek tetap enak. Bagi mereka yang tidak memiliki oven tetapi ingin memasak kek, anda boleh mengikuti cara yang dikongsi oleh Nor Elyani Ramli ini.

Baca juga: Kek Lumut Kukus SUPER Gebu & Lembut, Makin Lama Simpan, Makin Sedap!

Mungkin resipinya sama, tetapi cara memasak kek di atas dapur itu yang penting (silakan baca teknik di bahagian bawah). Kek yang dihasilkan pasti cantik dan gebu.

TEKNIK BAKAR KEK MARBLE ATAS DAPUR GAS

teknik bakar kek

Bahan-bahan:

  • 1 cawan marjerin (cap Pelangi )
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • 5 biji telur gred B
  • 2 sudu besar susu cair
  • Pewarna hijau & merah

Cara-cara penyediaan kek:

1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung yang dah diayak.

3. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian utk letak pewarna. Tuang adunan dalam loyang (corak ikut cita rasa).

4. Ambil periuk besar yang boleh muatkan loyang, letak atas dapur. Masukkan loyang dalam periuk dan tutup periuk.

5. Masak dengan api yang kecil dalam 45 minit. Siap.

teknik bakar kek

Tip Tambahan:

  • Periuk kena tutup semasa bakar kek
  • Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
  • Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk atau apa-apa petua yang mak-mak kita ajar sebelum letak loyang kek.
  • Jika kek belum dalam tempoh 45 minit, tambah masa 5 ke 10 minit lagi.
  • Tak perlu panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nor Elyani Ramli

Baca juga: Kek Marble Kampung Cara MUDAH, Memang Menjadi Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN