tebu telur

Tebu telur merupakan sejenis sayur yang jarang ditemui dan tidak ramai yang pernah menikmatinya. Ia juga jarang dijual di mana-mana kedai makan.

Pokok sayuran ini sama seperti pokok tebu. Rupanya pula seakan-akan jagung tetapi rasa isi seperti telur ayam. Teksturnya juga halus seperti telur ikan.

Pelbagai masakan boleh dibuat menggunakan sayuran ini. Contohnya masak lemak putih, telur dadar, dicampur ke dalam nasi dan sebagainya.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa sayur ini, mungkin anda boleh cuba mencarinya di pasar rasa atau pasar basah. Kemudian boleh dimasak kepada lauk yang anda sukai.

Baca juga: Sayur Lemak Jambu Golok Dengan Sotong, Lauk ‘Rare’ Orang Terengganu

RESEPI TEBU TELUR MASAK BENING

Ini sayur tebu telur. Bukan tebu yang dikisar untuk dibuat minuman. Tetapi spesis yang rasanya seperti telur jika dimasak. Selalunya dimasak berkuah. Santan atau bening/masak air.

tebu telur

Bahan-bahan:

  • Tebu telur
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang kering/ikan bilis/kiub berperisa
  • Suhun, udang hidup, pecah telur (jika suka)

Cara memasak:

1. Rendam suhun dalam air panas terlebih dahulu supaya kuah tidak kering tersejat apabila dimasukkan ke dalam hidangan.

2. Di dalam periuk, satukan semua bahan serta air secukunya. Jangan lupa perisakan mengikut cita rasa masing-masing.

3. Biarkan sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

tebu telur

Kredit resipi dan gambar: Siti Aafifi

Baca juga: Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN