Tealive merupakan jenama yang tak asing lagi bagi penggemar minuman boba di Malaysia. Memang tak dinafikan sedap sampai ramai yang repeat order!
Tapi kalau dah bosan asyik pesan minuman yang sama setiap kali datang ke Tealive, apa kata anda cuba menu recommended yang lain?
Sakura Oolong With Crystal Pearls
Baru-baru ini Tealive telah memperkenalkan satu lagi siri minuman baharu iaitu Sakura Oolong bersama Crystal Pearls yang meletup dalam mulut.
Bila minum, rasa fresh je! Minuman ini juga menggunakan kelopak bunga sakura yang sebenar. Barulah anda boleh rasai pengalaman sebenar seperti di Jepun.
Tealive melancarkan 3 jenis minuman berasaskan sakura yang terdiri daripada:
- Sakura Oolong Berry Smoothie
- Sakura Oolong Lychee Tea
- Sakura Oolong Lychee
Ini adalah menu baharu untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk cuba menu ini sebelum terlambat!
Tarikh promosi: Bermula 11 Januari 2023