Categories: Infomasi

Tealive Buka Cawangan Pertama Di Kanada, Netizen Bangga Dengan Jenama Malaysia!

Jenama teh gaya hidup Malaysia, Tealive kini berada di Amerika Utara menerusi kedai pertama di pusat bandar Ottawa, Kanada dan merancang untuk membuka 50 cawangan lagi di seluruh negara itu dalam tempoh lima tahun.

Bakal buka 50 cawangan dalam 5 tahun

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata Tealive memberi tumpuan untuk berkembang di Asia Tenggara dan tidak menyasarkan Amerika Utara secara khusus sehingga sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang menjalankan perniagaan pastri dan kedai roti menemui pihaknya.

Beliau berkata pihaknya yakin rakan kongsi tempatan pilihan mereka di Kanada akan menjadi padanan yang sesuai kerana mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam segmen makanan dan minuman.

“Rakan kongsi tersebut komited untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh Kanada.

“Kemasukan di Kanada ini dan pengembangan yang dirancang di seluruh negara itu akan memberikan peluang kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran Amerika Utara secara dekat. Oleh itu, pada masa akan datang, kami mungkin turut meneroka pasaran Amerika Syarikat (AS) yang menguntungkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pelbagai jenis minuman & makanan melalui ‘Tealive Eats”

Loo berkata Tealive mempunyai pelbagai jenis minuman dalam portfolionya dan kini menawarkan makanan melalui ‘Tealive Eats’.

“Menu pelancaran Kanada kami sememangnya inovatif dan menarik dengan minuman dan makanan yang disediakan untuk selera tempatan tanpa menjejaskan pengalaman unik ‘Tealive breakthrough’ kami,” katanya.

Beliau berkata pembukaan kedai di kawasan komersial Somerset Street minggu lepas dibanjiri oleh peminat ‘boba’.

Beliau yakin dengan potensi pasaran global ‘bubble tea’ dan mahu menjadikan Loob bersedia untuk mengharungi gelombang seterusnya.

Menurut firma penyelidikan pasaran terkemuka, Facts and Factors, saiz Pasaran Global ‘Bubble Tea’ bernilai kira-kira US$2.1 bilion pada 2020 dan dianggarkan meningkat kepada kira-kira US$4.5 bilion menjelang 2026, pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 8.1 peratus di antara tahun 2021 dengan 2026, katanya.

“Tealive dikenali sebagai jenama yang ‘Lahir di Malaysia, Dibesarkan untuk Dunia’. Hari ini, kami mengucapkan terima kasih kepada berjuta-juta pelanggan kami di 10 negara, kerana dengan sokongan mereka, kami benar-benar global dengan kehadiran  di lima benua,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Wan N

Recent Posts

Petua Jika Terkena Minyak Panas Ketika Memasak, Ini Langkah Pertama WAJIB Buat!

Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur,…

11 hours ago

Resipi Pengat Cempedak Bersagu Yang Mudah Dibuat, Sekali Rasa Memang Nak Tambah Lagi

Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum…

15 hours ago

Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak

Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu…

16 hours ago

Poket Tak Bocor! 3 Destinasi Percutian 2 Hari 1 Malam Bawah RM500, Siap Hotel & Port Makan Sedap

Setiap kali Isnin hingga Jumaat, menghadap laptop sampai mata rasa juling, otak terus auto-play lagu…

16 hours ago

Resipi Ayam Kengsom, Kuah Pekat Dengan Rasa Masam Pedas Sangat Membuka Selera!

Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar…

18 hours ago

5 Bahan Boleh Hilangkan Bau Hanyir Dan Kesan Minyak Degil Di Dapur

Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini? Selepas penat menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga, proses membersihkan…

22 hours ago