tauhu goreng crispy

Sesetengah anak cerewet makan sayur, inilah yang jadi dilema mak-mak sekarang. Jangan risau, anda boleh buat mereka sukakan sayur dengan Tauhu Goreng Crispy ini.

Banyak pilihan makanan ringan, tapi salah satu yang paling mudah nak buat, jimat kos dan pasti jadi kegemaran ialah Tauhu Goreng Crispy. Sekali gigit, terus nak makan lagi.

Resipi yang dikongsikan oleh Hi Ariyani di Facebook ini sesuai untuk anda yang suka kudapan ringkas tapi puas hati. Luarnya yang garing dan rangup, tapi dalamnya masih lembut.

Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Masam, Segar Macam Baru Beli!

RESIPI TAUHU GORENG CRISPY

tauhu goreng crispy

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan tepung goreng serbaguna
  • 5 biji bawang putih (cincang)
  • Tauhu (potong dadu)
  • Serbuk roti secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong tauhu secara dadu dan toskan airnya.

2. Kemudian, gaulkan bersama tepung gandum, tepung beras, tepung goreng serbaguna dan bawang putih cincang.

3. Sebelum goreng, golekkan tauhu yang sudah bersalut tepung itu dalam serbuk roti.

4. Seterusnya, panaskan minyak, goreng sampai keemasan dan rangup.

5. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Tauhu Goreng Crispy bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah sedap juga dicicah dengan sos cili dan mayonis. Selain itu, ia sesuai untuk anak yang cerewet makan sayur.

Selamat mencuba!

Sumber: Hi Ariyani

Baca juga: Tauhu Kuning Goreng Masin, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN