tapai pulut

Siapa suka makan tapai pulut? Memang ramai yang suka makan, tapi tak ramai yang tahu membuatnya.

Baca juga: Resipi Tapai Ubi Kayu, Ikut Cara Ni ‘Confirm’ Manis & Tak Masam

Kalau ada yang nak belajar, jom ikuti resipi tapai pulut di bawah. Ada petua rupanya nak buat tapai supaya betul-betul menjadi, jangan lupa baca sampai habis tau!

Jangan risau, ada juga tutorial step by step yang min akan kongsikan juga. Jom scroll!


Resipi Tapai Pulut

Bahan-bahan:

  • 2 pot beras pulut – rendam selama 2 jam
  • Ragi
  • Gula
  • Air
  • Daun Getah Liar

Cara-cara membuatnya:

1. Kukus pulut sehingga masak kemudian sejukkan di dalam dulang dan ratakan.

2. Bila pulut sudah sejuk, taburkan ragi serta satu sudu gula (Ini rahsia tapai jadi manis)

3. Selepas itu gaulkan kedua bahan tadi biar sekata.

4. Kemudian, ulang semula tabur ragi dan gula dan kacau rata.

5. Bungkus pulut tersebut di dalam daun getah yang sudah dibersihkan.

6. Simpan tapai di tempat yang gelap sekurang-kurangnya 36 jam.

7. Selepas 36 jam, boleh sejukkan di dalam peti ais, Bila dah sejuk, sudah boleh dimakan seperti biasa.

Tutorial:

@myresipi

Sedapnya petang-petang makan tapai pulut ni 🤤 Meh min kongsikan demo cara buat. #resipi #resipitiktok #tapaipulut #jombalikkampung #cuticutimalaysia @Tourism Malaysia #fyp #fypシ

♬ Lemak Manis – زم هوسقۏرنا🇲🇾

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN