talam ubi kanda

Sejak dulu lagi, kuih Talam Ubi Kanda telah menjadi kesukaan ramai kerana rupa bentuknya berwarna-warni serta rasanya yang cukup lazat di mulut.

Kuih Talam Ubi Kanda juga dikenali sebagai talam ubi berlapis merupakan antara kuih yang paling mudah dibuat tanpa bahan yang banyak.

Bahan asas yang diperlukan untuk buat kuih klasik ini hanyalah ubi yang disagat, santan dan garam. Sebagai tambahan, anda boleh letakkan pewarna dan kelapa parut.

Ramai yang terpukau dengan hasil kuih Talam Ubi Kanda yang dibuat oleh Iedaa Jahaya di Facebook sampaikan ramai yang bertanya tentang resipinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

RESIPI TALAM UBI KANDA

talam ubi kanda

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan ubi kayu yang sudah disagat. Perah, air jangan dibuang lagi, tunggu mendapan ubi turun ke bawah. Ambil mendapan gaul dengan ubi dan ketepikan dulu.

2. Selepas itu, panaskan periuk kukusan. Sapu loyang 7 inci dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik, kemudian ketepikan.

3. Dalam satu bekas, masukkan santan, air, gula, garam dan ubi sagat. Kemudian, gaul semua sehingga sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu mangkuk pertama letak warna hijau, mangkuk kedua letak warna kuning dan mangkuk ketiga letak warna merah.

5. Tuang hijau dahulu dan kukus selama 10 minit. Tengok warna dah bertukar terang sikit dan adunan nampak berkilat dan berkanji.

6. Kemudian, tuang adunan kuning dan kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

7. Seterusnya, tuang adunan merah dan kukus selama 15 minit.

8. Setelah masak, angkat dan sejukkan dulu. Kemudian, boleh potong. Siap untuk dihidang!

talam ubi kanda

Talam Ubi Kanda ini sangat sedap apabila dimakan kelapa parut. Sebelum itu, anda perlu gaul kelapa parut dengan sedikit garam, kemudian kukus sekejap supaya ia tahan lebih lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Talam Pisang Kukus, Resipi Ini Bawa Citarasa Klasik Yang Luar Biasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN