Nama kuih Talam Tokyo kedengaran seperti kuih Jepun tapi sebenarnya bukan, ia merupakan kuih tradisional yang popular di Johor.
Berbeza daripada segi lapisan bawah, kuih Talam biasanya menggunakan pulut sepenuhnya, namun kuih Talam Tokyo menggabungkan sagu, suun dan kelapa parut.
Resipi kuih Talam Tokyo yang dikongsikan oleh Kak Sue SarangHae II di Facebook ini cukup menarik. Jom cuba!
Baca juga: Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus
Bahan-bahan bahagian bawah:
Bahan-bahan bahagian atas:
Cara-cara:
1. Mula-mula, alaskan loyang saiz 10×10 dengan plastik.
2. Satukan semua bahan bahagian bawah terlebih dahulu dan sebatikan, kemudian terus curah dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit.
3. Sementara itu, kisar semua bahan bahagian atas pula sehingga sebati dan halus (saya tak masak untuk naik wap pun).
4. Selepas itu, terus curah dalam loyang dan kukus dalam 25 hingga 30 minit. Kemudian pada 5 minit terakhir, kukus dengan penutup periuk yang dibuka untuk keringkan air di permukaan.
5. Akhir sekali, tunggu sehingga betul-betul sejuk, barulah boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Kuih Talam Tokyo ini mempunyai padanan serasi sagu dan suhun yang ringan serta manis, memang tak cukup kalau makan sepotong.
Jika anda mempunyai kenalan yang alah atau tak suka makan pulut, boleh cadangkan kuih Talam Tokyo ini untuk mereka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Sue SarangHae II
Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…