Categories: Resipi

Talam Cendol Lemak Cukup Rasa, Hasil Terbentuk Cantik Selepas Kukus

Kuih berbentuk segi empat yang mempunyai bahagian atas dan bawah, digandingkan pula dengan cendol, kuih apa lagi jika bukan Talam Cendol yang lazat?

Kak Sue SarangHae II telah sudi kongsikan di Facebook tentang resipi Talam Cendol yang dibuatnya. Jom cuba di rumah!

Baca juga: Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

RESIPI TALAM CENDOL

Bahan-bahan air gula merah:

  • ¾ cawan gula merah
  • ½ cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Bahan-bahan bahagian bawah:

  • ¾ cawan gula pasir
  • 1½ cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2¾ cawan santan pekat (saya guna santan kotak ayam brand atau kara saja)
  • 1¾ cawan cendol

Bahan-bahan bahagian atas:

Cara-cara:

1. Mula-mula, buat air gula merah dahulu, masak semua bahan air gula merah smpai hancur semua gula-gula tersebut. Tapiskan dan biarkan sejuk, ketepikan sebentar.

2. Kemudian, buat adunan bahagian bawah, kacau semua bahan bahagian bawah sehingga sebati, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk.

3. Masak dengan api dapur yang sederhana, bagi pekat sedikit, tutup air dan baru masukkan cendol. Kacau pelahan-lahan supaya cendol kurang patah, kemudian kukus dalam loyang 8×8 selama 25 minit.

4. Selepas itu, buat adunan bahagian atas pula. Kacau semua bahan bahagian atas sehingga sebati, tapiskan dan masuk dalam periuk, kemudian masak sehingga naik wap saja.

5. Terus masuk ke dalam loyang tadi dan kukus lagi dalam 25 hingga 30 minit (saya lapik penutup periuk kukus dengan kain).

6. Pada 5 minit terakhir, kukus dengan periuk kukus terbuka untuk keringkan air pada permukaan, kemudian sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong. Siap untuk dinikmati!

Anda akan dapat hasil Talam Cendol yang bukan setakat sedang elok, malah lemak manis bersama bau cendol yang sungguh wangi.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

Aimi

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

4 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

5 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

5 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

5 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

8 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

10 hours ago