PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-04 06:19:45
Sedapnya kalau panas-panas dapat makan cendol kan? Rasa sejuk je dekat tekak. Tapi itu lah, kalau nak keluar makan dengan satu family pun agak susah juga lebih-lebih lagi zaman kegawatan ekonomi ni, pastilah kena jimat kan. Nak makan tapi nak jimat, senang je caranya. Jom cuba resepi cendol yang dikongsikan oleh Resepi Kuih Dan Masakan di laman Facebooknya.
Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Campur semua tepung kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan.
2. Panaskan periuk bersama dengan air tapis / air masak.
3. Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, gunting bucu dia sahaja (sikit je). Senang nak buat cendol. Tak payah nak guna barang lain. Apa ada dekat rumah je.
4. Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar. Terpulang kepada individu panjang mana nak tekan. Bila cendol dah kembang dan masak.
5. Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu.
Dah siap bab cendol.
Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan
AIR CENDOL
Bahan-bahan:
Cara-Cara:
1. Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak ke dalam periuk.
2. Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda. (Kalau tak nak manis kurangkan gula)
3. Bila dan mendidih tutup api.
4. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
5. Jangan lupa masukkan sekali ais. Baru sedap diminum sejuk.
Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan
Selamat Mencuba!
Kredit: Resepi Kuih Dan Masakan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…