Categories: ArtikelInfomasi

Sup Legend Sejak 1986 Di Kuala Lumpur, Nak Rasa Sup Melayu Anda Wajib Makan Di Sini

Di Kuala Lumpur sebenarnya ada sebuah kedai makan yang sudah lama beroperasi tau. Bukan 10 tahun tapi 36 tahun haa memang legend la.

Tapi buat anda yang tidak familiar dengan kedai makan legend ini, sebenarnya mereka menyajikan makanan masakan melayu seperti Sup, Kuetiaw Gearbox dan banyak lagi. Memang makanan di sini sedap dan ramai juga yang menggemari masakan di sini.

Nama restoran legend yang sudah beroperasi sejak 1986 ini adalah Restoran Sururi dan cukup famous dengan orang KL dan Selangor.

Sup Legend Sejak 1986 Di Kuala Lumpur, Nak Rasa Sup Melayu Anda Wajib Makan Di Sini:

Sebuah akaun di Twitter @acaiijawe ada berkongsi pengalamanya makan di Restoran Sururi.

Pekena sup legend kat KL. Restoran Sururi ni berniaga sejak 1986. Dah 36 tahun!

Tips untuk anda juga, kalau nak singgah makan kat sini, make sure korang datang awal tau. Takut makanan di sini dah habis pulak. Maklumlah, kedai ni memang laku kerasss.

Terkenal dengan sup daging, tulang, gear box, kuetiew sup dll. Sup kambing hanya ada hari Khamis. Tapi pukul 11:00 dah habis.

Rasa sup melayu. Bukan sup mamak. Nasi, air layan diri. Meja banyak

Kalau dah dikenali sebagai Restoran legend, mestilah keaslian rasa masakan di sini terjamin sedapnya! Sebab itu jugalah ramai orang suka makan di sini.

Ramai juga youtuber popular yang review makan di sini tau. Rata-rata mereka semua berpuas hati.

Jadi kalau anda yang ada plan nak jalan-jalan di KL, anda wajib try makan tengah hari di Restoran Sururi ni tau! Confirm berbaloi.

Alamat: Jln Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Isnin – Jumaat (8AM – 3PM)

Sumber: @acaiijawe

Nasiha

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

7 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

12 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

14 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

14 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

15 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

15 hours ago