Siapa yang suka makan sup ikan? Apa kata anda cuba resipi sup ikan merah yang dikongsikan ini. Memang sedap dan ringkas!
Kalau nak buat sup ikan, selain sup ikan haruan, ikan merah juga sangat sedap dimasak kerana isinya banyak, lembut dan manis.
Hidangan ini selain sedap dimakan, malah ia juga baik untuk yang terkena demam dan selsema, hirup kuah sup yang panas-panas memang cepat melegakan deman dan selsema.
Baca juga: Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ikan Gelama Yang Sedap Buat Lauk
Ikan merah ini mempunyai khasiat tersendiri dan sering mendapat permintaan tinggi dipasaran.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Farah Aziz ini. Bila makan dengan nasi panas-panas memang naik selera!
RESIPI SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
- 1 ekor Ikan Merah – potong dan bersihkan
- 4 ulas bawang merah – hiris
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 1/2 inci halia – hiris kasar
- 1 rempah sup ikan adabi
- 1 biji ubi kentang
- 1 batang carrot – hiris besar
- Tomato – dipotong dadu
- Garam – secukup rasa
- Daun ketumbar
- Daun sup / daun bawang
- Bawang goreng
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama rempah sup ikan Adabi sehingga naik bau.
2. Masukkan ubi kentang dan carrot. Masak hingga lembut. Kemudian baru masukkan ikan merah.
3. Masukkan daun ketumbar, tomato, daun bawang dan garam secukup rasa. Sebelum angkat taburkan dengan bawang goreng.
4. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Baca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak ‘Pro’!