sup ikan kuah kuning

Sup ikan kuah kuning adalah hidangan berkuah segar, masam dan pedas. Bila dinikmati bersama nasi putih yang panas, rasanya memang sangat memikat selera.

Resipi ini menggunakan ikan kembung, tetapi anda boleh menggantikannya dengan jenis ikan lain mengikut cita rasa masing-masing.

Jadi, jika tiada idea untuk masak menu menggunakan ikan, jom cuba resipi sup ikan kuah kuning yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Erny Yha di bawah.

Baca juga: Rahsia Masak Sup Ayam Tumis Darat Yang Padu, Aroma Semerbak Auto Rasa Lapar!

RESEPI SUP IKAN KUAH KUNING

sup ikan kuah kuning

Bahan-bahan:

  • 500g ikan (ikan kembung)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 ruas kunyit (ditumbuk)
  • 1 ruas halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil lada kisar
  • 2 helai daun salam
  • 1 liter air
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah, kunyit, halia dan daun salam hingga naik bau.
  2. Masukkan ikan dan kacau rata bersama rempah.
  3. Tuang air, kemudian masukkan garam, gula dan lada sulah. Masak sehingga ikan benar-benar masak.
  4. Hidangkan sup panas dan boleh dihiasi dengan bawang goreng jika suka.

Sumber: Erny Yha

Baca juga: Mee Wantan Sup Ala Restoran Cina, Kuah Jernih Dan Dumpling Lembut Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN