Seronoknya dapat makan sup dumpling sambil hirup panas-panas. Satu keluarga boleh makan sampai meletup perut. Lagi-lagi kalau ikut resipi yang dikongsikan Intan Iman di laman Facebook, pasti ketagih.
Baca juga: Sup Ayam Ginseng (Samgyetang) Masakan Korea, Selalu Nampak Dalam K-Drama!
Resipi sup ladu yang dikongsikan ini dijamin halal dan bersih. Modal utama buat dumpling kena rajin dan sabar sebab kena sediakan inti, kulit dumpling, dan juga chilli oil yang rangup itu.
Berikut di bawah adalah resipi penuh yang boleh anda cuba.
Dumpling sup menu petang ini sedap sangat. Dari kulit dumpling sampai ke chili oil semuanya homemade. Memang jimat daripada makan di luar. Bila keluarga besar memg kena buat banyak. Jimat banyak.
Bahan inti dumpling:
Cara buat: Satukan semua bahan di atas dan ketepikan.
Bahan-bahan kulit dumpling:
Cara buat: Satukan semua bahan kecuali air.masukkan air sedikit demi sedikit.uli sehingga tak lekat di tangan. Adunan seperti kulit karipap.bulatkan doh kecil2 saiz duit 20sen dan canai utk buat dumpling.
Bahan-bahan chilli oil crunchy:
Cara buat chilli oil: Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng sehingga warna perang ranggup, kemudian masukkan cili kering kisar dan bijan. Bila dah naik bau, matikan api.
Resipi boleh digunakan utk buat dumpling soup/dumpling kukus atau goreng. Untuk sup dumpling, boleh buat sup ayam macam biasa boleh masukkan sayur-sayuran kalau nak. Sup saya hanya guna kaki ayam rebus dan secukup rasa.tambah daun bawang utk tambah bau wangi.
Selamat mencuba resipi homemade ini.
Sumber: Intan Iman
Baca juga: Sup Dumpling + Mee Wantan Kicap, Sedap Lembut ‘Berenang’ Dalam Mulut!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…