Categories: Resipi

Mushroom Soup & Garlic Bread Gardenia, Mesti Ketagih Punyalah!

Sup cendawan memang sedap kalau dipadankan dengan roti bawang putih atau nama popularnya garlic bread. Tambahan pula, kalau lapar waktu tengah malam boleh dibuat sebagai supper kerana bahan-bahannya sangat senang.

Sesuai juga untuk mereka yang sedang hilang selera makan atau demam, memang pembuka selera yang sedap. Roti bawang putih yang rangup dicicah pula dengan sup cendawan yang lemak berkrim, memang confirm terus sihat!

Jom kita cuba resipi asli oleh Nur Sakinah yang dikongsikan oleh Zulkifli Mat menerusi laman sesawang Facebook.

Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

RESIPI SUP CENDAWAN & ROTI GARLIC GARDENIA

Bahan-bahan:

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris atau cincang)

Cara-cara:

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ayam.

2. Tambahkan serbuk lada hitam dan cendawan butang. Gaul rata.

3. Masukkan daun parsley, mentega, dan sedikit garam. Kacau sekali lagi.

4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian, saring dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

5. Biarkan sup reneh sebentar sehingga sedikit pekat.

Bahan-bahan roti garlic gardenia:

  • Roti Gardenia
  • Bawang putih
  • Mentega
  • Sedikit garam (opsional)
  • Daun parsley

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih dan gaul dengan mentega.

2. Tambahkan sedikit garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.

3. Sapukan campuran mentega ke atas roti Gardenia.

4. Bakar roti menggunakan api atas dan bawah dalam oven sehingga kekuningan.

Selamat mencuba!

Sumber: Zulkifli Mat 

Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

5 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

5 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

6 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

6 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

6 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 week ago