Categories: Resipi

Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah

Jika anda mempunyai banyak lebihan kurma sepanjang bulan puasa yang lepas, anda boleh gunakannya untuk membuat Kek Coklat Kurma yang sedap!

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk makan kurma di bulan Ramadan.

Kurma menyediakan tubuh dengan gula, membantu mengembalikan gula dalam darah yang rendah selepas berpuasa sepanjang hari.

Masih ada lebihan kurma di rumah? Pasti anda pening memikirkan bagaimana untuk menghabiskannya. Anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Permata Pink di Facebook.

Baca juga: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!

RESIPI KEK COKLAT KURMA

Bahan-bahan:

  • 20 biji kurma (buang biji)
  • 1 cawan fresh milk/ susu cair
  • 1/4 cawan air panas
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau kurma jenis manis leting)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp dark choc emulco (tambahan)
  • 170g tepung gandum (1 1/2 cawan tepung gandum)
  • 50g serbuk coklat (1/2 cawan serbuk coklat)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonat

Cara-cara:

1. Bancuh kurma, susu dan air panas. Masukkan dalam mixing bowl.

2. Bancuh telur, minyak masak, gula kastor, esen vanilla, dark choc emulco (tambahan) dalam 3 minit dan masukkan dalam mixing bowl yang sama.

3. Ayak tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mixing bowl tadi. Mix sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang (sesuai loyang 8″ kebawah utk 1 adunan).

5. Hiaskan dengan potongan buah kurma , almond nibs, choc chip dan apa-apa saja yang anda suka.

6. Bakar suhu oven 120-150ºC dalam masa 1 jam. Cucuk guna lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Siap!

Apabila makan, anda akan rasai betapa nikmatnya kek yang padat dengan coklat dan rasa manis masam dari buah kurma. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan untuk tetamu.

Orang kata tak elok membazir, jadi lebih baik kita gunakan lebihan kurma yang ada untuk buat Kek Coklat Kurma ini. Selamat mencuba!

Sumber: Permata Pink

Baca juga: Tip Kek Coklat Moist Kukus Cantik Berderai, Tambahkan 1 Bahan Ini

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

11 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

12 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago