sup cendawan berkrim

Sedapnya kalau dapat hirup sup cendawan berkrim dan cicah bersama garlic bread. Jom buat untuk juadah bersahur nanti. Sesuai untuk korang yang taknak makan nasi. 

Mudah dan ringkas je cara penyediaannya. Nak puas makan, jimat dan berbaloi, jom buat sendiri sup cendawan ini di rumah. 

Memang lagi sedap berbanding guna cendawan segera dalam tin. Kalau nak lagi rasa umami, boleh gunakan cendawan shiitake dan cendawan butang. Memang padu!

Baca juga: Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang ‘Picky Eater’

Cendawan shiitake ini berasal dari Jepun dan luas digunakan di dalam hidangan berasaskan pasta, isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.

Manakala cendawan butang pula berasal dari Eropah dan Amerika Syarikat dan sebahagian besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar.

Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya ditaburkan di atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. 

Tanpa membuang masa, jom kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nur Hamizah Binti Hamidon di laman Facebook ini. Kita lihat cara-caranya.


RESIPI SUP CENDAWAN BERKRIM

bahan buat sup cendawan berkrim

Cendawan shitake ni setengah orang tak suka sebab baunya kuat macam petai/jering, tapi rasanya sedap dan paling penting, berkhasiat. Kalau tak suka cendawan shitake boleh guna cendawan butang sahaja ok.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 425g cendawan butang – dihiris
  • 300g cendawan shiitake segar – hiris
  • 500ml stok ayam
  • 350ml cooking cream
  • 2 helai bay leaves
  • 110g butter
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan butter, kemudian masukkan bawang dan cendawan. Tumis sehingga warna keperang-perangan.

2. Masukkan stok ayam. Biarkan ia mendidih. Tutup api.

3. Masukkan ke dalam blender dan kisar separuh lumat.

4. Tuangkan semula ke dalam periuk, masukkan cooking cream dan perasakan dengan garam.

5. Didihkan sup sehingga pekat, tutup api. 

6. Hidangkan bersama garlic bread. 

Krim masakan jika tiada, boleh digantikan dengan susu full cream + bancuhan 2 sudu tepung gandum. Stok ayam jika tiada boleh guna bancuhan kiub ayam. Roti boleh guna apa jenis pun, saya guna roti legend, roti seri ja, lembut je.


CARA BUAT GARLIC BREAD

3 ulas bawang putih – ditumbuk. Kemudian panaskan 1 sudu marjerin. Tumis bawang puting hingga perang.

Selepas itu, sediakan 3 sudu besar marjerin dalam mangkuk. Masukkan bawang putih tadi. Tambah secubit daun parsley. Gaul Rata.

Sapu ke permukaan roti. Susun dalam tray dan bakar hingga garing. Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan, ‘Comfort Food’ Masa Hujan-hujan Layan Betul!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN