
Setiap kali badan terasa kurang sihat, pasti tekak teringin makan sup yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba masak Sup Ikan Merah yang cukup sedap dan menyegarkan ini.
Sup Ikan Merah popular di kalangan masyarakat Melayu dan Cina di Malaysia. Dengan isi ikan merah lembut dan manis semula jadi, ia menjadi pilihan untuk buat sup yang sedap.
Ramai yang tak yakin untuk masak Sup Ikan Merah kerana risau hanyir. Tapi dengan petua yang dikongsikan oleh Aida A Ibrahim di Facebook ini, pasti tak berbau hanyir lagi. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!
CARA MASAK SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:
- Ikan merah
- Air beras
- Minyak masak
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- Kentang
- Lobak merah
- Daun sup (dikerat tiga)
- Tomato
- Garam
- Serbuk perasa
- Air secukupnya
Bahan-bahan tumbuk:
- Bawang merah
- Bawang kecil
- Halia
- Bawang putih
Bahan-bahan hiris kasar:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Bahan-bahan hiasan:
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam dan basuh ikan merah dengan air beras (basuh bersih-bersih, buang hitam-hitam yang ada pada bahagian tengah isi atau tulang ikan merah tersebut).
2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
3. Selepas itu, masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai pecah minyak.
4. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan kentang dan lobak merah.
5. Seterusnya, gaul seketika dan masukkan air (ikut suka nak kuah banyak mana).
6. Apabila kentang dan lobak merah sudah separuh masak, masukkan ikan dan daun sup.
7. Setelah itu, biarkan sup mendidih seketika.
8. Apabila ikan sudah masak, masukkan tomato, garam dan serbuk perasa, kemudian gaul rata secara perlahan-lahan.
9. Akhir sekali, taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang!

Oleh sebab itu orang tua-tua selalu pesan selepas basuh beras, jangan buang airnya kerana ia cukup berguna seperti yang ditunjukkan dalam resipi Sup Ikan Merah ini. Jadi, ikan tak berbau hanyir lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida A Ibrahim
Baca juga: Ikan Merah Masak Sup Paling Simple, Kuah Sedap Begini Mesti Kena Puji Nanti
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














