suami suka masak

Tular baru-baru ini, di mana seorang suami suka masak gabungan bahan pelik dalam masakannya telah membuatkan ramai orang terhibur.

Baca juga: “Sek Kito Jange Pecoh” – Peniaga Arab Di Madinah Fasih Dialek Kelantan, Raih Perhatian Netizen

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @ranunculusbutterfly itu, si isteri itu menunjukkan suaminya yang gemar memasak tetapi aneh-aneh sahaja masakan yang dia hasilkan.


Suami Suka Masak Siap Guna Epal & Buah Delima Buat Nasi Goreng

Dapat dilihat, suaminya itu memasukkan sunquick oren, titisan pewarna makanan dan juga buah delima ke dalam periuk nasi.

Tidak cukup dengan itu, si suami tumis pula bawang holland, serbuk bawang, cili giling, ikan bilis, sosej, telur dan sayur campur.

Kemudian diletakkan pula nasi berwarna ‘pink’ itu ke dalam kuali bersama dengan hasil tumisannya itu.

suami suka masak

Lebih mengejutkan lagi, sempat dia meletakkan beberapa biji buah delima dan hirisan epal ke dalam ‘nasi goreng’ itu.

Terus isterinya menangis kerana terkejut dengan masakan yang suaminya itu cuba buat.

Kelihatan suaminya itu turut meletakkan telur di atas nasi seperti nasi goreng pattaya dan lebihan rendang daging di tepi hidangan tersebut.

Melihat pada video itu, kelihatan si suami sangat ‘teruja’ ingin isterinya mencuba ‘Fruity Pattaya Fried Rice’ yang dibuat olehnya dengan penuh kasih sayang itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah suami isteri itu dan ada yang tertanya-tanya seberapa sedap gubahan menu baharu suaminya itu.


Antara komen netizen:

suami suka masak


Baca juga: Tak Boleh ‘Move On’ Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika

Video penuh:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN