Categories: Resipi

Resipi Spageti Goreng Kampung, Gerenti Makan Menambah!

Bila bosan dengan mi goreng, spageti goreng kampung adalah pilihan yang tepat! Menu ini lebih disukai anak-anak kerana teksturnya yang tidak muak.

Dalam entri hari ini, kami akan kongsikan resipi spagheti goreng kampung yang tentunya sangat berbaloi untuk dicuba. Menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekal harian untuk anak-anak mahupun diri sendiri.

Jom lihat perkongsian Cik Puan Syalfarina Razali menerusi laman sosial Facebook beliau.

Baca lagi: Mi Kuah Penang Terlalu Sempoi, Tengok Pun Bikin Terliur!

RESIPI SPAGETI GORENG KAMPUNG

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus spagheti (rebus mengikut arahan pada bungkusan)
  • 1 biji bawang Holland (saiz sederhana, cincang kasar)
  • 1 biji bawang besar (cincang kasar)
  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji tomato (cincang dadu)
  • Sosej (hiris mengikut kesukaan)
  • Isi ayam bertulang (potong kecil)
  • Isi udang (jika ada, boleh ditambah)
  • Sawi (kuantiti ikut kehendak)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • 1 sudu besar cili kisar (boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji telur (untuk menambah rasa)

Cara Memasak:

1. Mulakan dengan merebus spagheti hingga lembut. Pastikan anda mengikuti arahan pada bungkusan spagheti yang digunakan.

2. Cincang kasar bawang Holland, bawang besar, bawang putih, dan tomato. Hiriskan sosej dan potong isi ayam serta udang jika ada.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang dan tomato hingga wangi. Tambahkan satu sudu besar cili kisar, tetapi jangan terlalu banyak untuk mengelakkan hidangan menjadi terlalu pedas.

4.  Setelah cili mula garing, masukkan isi ayam, sosej, dan udang. Gaul rata sehingga semua bahan masak.

5. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos tomato, dan sos cili ke dalam kuali. Anda boleh mengubah suai kuantiti sos mengikut citarasa masing-masing. Pecahkan sebiji telur di tepi kuali dan kacau hingga telur masak.

6. Masukkan spagheti yang telah direbus ke dalam kuali bersama satu senduk kecil air rebusan spaghetti. Gaul rata sehingga semua ramuan sebati.

7. Akhir sekali, masukkan sayur sawi. Gaul hingga spaghetti lembap tetapi tidak terlalu basah. Jika perlu, boleh tambah sedikit perasa, tetapi bagi resipi ini, garam tidak diperlukan kerana sos sudah cukup sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi Berkisar Halus, Lega Tekak Waktu Hari Panas!

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

1 day ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

1 day ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

1 day ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

1 day ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago