Categories: Resipi

Resipi Kek Pelangi Legend Yang Gebu & Wangi, Seronok Tengok Belang Tersusun Cantik!

Kek pelangi ini bukan saja gebu dan wangi, malah coraknya juga cukup menarik selepas dipotong. Belang pelangi yang terhasil tersusun cantik elok!

Bahan-bahan untuk buat kek ini pun mudah saja. Dengan beberapa bahan asas, anda boleh hasilkan kek yang bukan hanya enak tetapi juga menarik perhatian.

Jom kita cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Keju Simple, Guna 4 Bahan Murah Tapi Rasa ‘Mahal’!

RESEPI KEK PELANGI GEBU DAN WANGI

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 ketul butter atau 1 1/2 cawan marjerin pelangi
  • 1 1/2 cawan gula halus – kisar halus lagi (kurangkan 1 1/3 cawan jika rasa manis sangat)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen ros
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 1/2 cawan tepung tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
  • Pewarna merah, kuning, hijau, biru & ungu

Cara Membuatnya:

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Campurkan esen ros dan susu pekat. Pukul rata.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Campurkan dengan pewarna.
  5. Alas loyang saiz 10″ dengan baking paper. Tompokkan 3 sudu besar adunan merah di tengah-tengah loyang. Kemudian, tindihkan dengan adunan kuning, hijau, biru, dan ungu secara berselang seli. Semuanya 3 sudu besar. Ulang lagi hingga habis adunan. Goyangkan sedikit loyang supaya ia rata ke tepi loyang.
  6. Bakar pada suhu 130°C, api bawah di rak tengah selama 1 jam 15 minit. Kemudian, tukar api atas, suhu 120°C di rak paling bawah selama 5 minit. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  7. Bila dicucuk dengan lidi, ia keluar bersih bermakna kek sudah masak.
  8. Selamat mencuba!

Sumber: Nor Al Fatihah T-Hah

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago