sotong masak sambal

Kalau dah bosan asyik masak sambal sotong atau sotong masak kunyit, kali ini apa kata jom cuba resipi sotong masak sambal cili api pula.

Lebih sedap jika guna sotong yang segar untuk elak bau hanyir. Selain itu, anda juga boleh ubah suai kuantiti cili api mengikut tahap kepedasan yang disukai.

Di samping itu, lauk ini cukup sedap jika digandingkan bersama nasi panas serta telur dadar. Confirm terangkat punyalah!

Jika ada yang ingin mencuba, Puan Wani Sulinan ada berkongsikan resipi penuh di laman sosial miliknya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini

SOTONG MASAK SAMBAL CILI API

sotong masak sambal

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Cili api (merah dan hijau)
  • Halia (3 inci)*
  • Kunyit hidup (2 inci)*
  • Bawang merah
  • Bawang putih*
  • Air asam jawa
  • Serai (sebatang, diketuk)

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan di atas yang bertanda (*).
  2. Kemudian, tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Tambahkan sedikit air asam jawa dan serai.
  4. Masukkan sotong ke dalam tumisan dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  5. Siap!

Nota: Untuk sotong, saya masak terlebih dahulu di atas kuali kosong, kacau hingga airnya kering. Jangan letak minyak.

Kredit resipi dan gambar: Wani Sulinan

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN