sotong goreng kunyit berkuah

Sotong adalah antara makanan laut disukai ramai yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan dan salah satunya ialah Sotong Goreng Kunyit berkuah.

Sudah banyak kali pesan Sotong Goreng Kunyit ketika singgah makan di restoran yang menyediakan masakan panas, tapi biasanya ia dibuat secara kering saja.

Sesetengah orang terasa lebih puas jika makan lauk yang berkuah kerana boleh hirup sehingga terangkat selera dibuatnya.

Oleh itu, kami nak anda buat resipi lain dari yang lain iaitu Sotong Goreng Kunyit berkuah oleh mz.kitchens melalui video di TikTok ini. Jom cuba!

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi

RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

sotong goreng kunyit berkuah

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji cili padi
  • 2 sudu sos tiram
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Bawang holland atau bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili besar
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Gaul sotong bersama serbuk kunyit, serbuk cili dan garam sehingga sebati.

2. Kisar kasar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi.

3. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan sotong dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah, bawang holland dan cili besar.

sotong goreng kunyit berkuah

5. Tambahkan air supaya berkuah dan kacau lagi. Siap untuk dihidang!

Selalu sangat makan dalam versi kering yang biasa, sekali-sekala anda boleh cuba ubah angin untuk buat Sotong Goreng Kunyit berkuah pula.

sotong goreng kunyit berkuah

Keluarga anda pasti terkejut jika melihat hidangan ini kerana tak pernah dibuat oleh orang dan semestinya bukan biasa-biasa!

Jika keluarga anda bertanya tentang bagaimana cara memasaknya, boleh kongsikan resipi menarik ini kepada mereka nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: mz.kitchens

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN