sosej tumis pedas

Jom buat sosej tumis pedas untuk hidangan sekeluarga. Sedap juga dijadikan lauk bersama nasi.

Sosej adalah makanan pilihan yang sering disediakan oleh kebanyakan ibu di rumah kerana penyediaannya yang cukup mudah.

Baca juga: Ini ‘Tricks’ Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng

Ia bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa. Selalunya sosej direbus atau digoreng sahaja.

Kalau anda kehabisan idea dalam menyediakan resipi hidangan sosej untuk seisi keluarga, MyResipi kongsikan resipi unik daripada Cik Puan Wani Sulinan ini.

Bahan-bahan untuk resipi ini sangatlah ringkas dan sesuai sangat untuk pelajar univeristi yang nak berjimat. 


RESIPI SOSEJ TUMIS PEDAS

Bahan-bahan: 

  • Sosej – potong serong
  • Bawang putih – mayang kasar
  • Bawang merah – mayang kasar
  • Cili api – dipotong
  • Daun bawang – dipotong
  • 1 biji telur
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap cair

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing.

2. Masukkan telur dan biarkn telur keras sedikit kemudian pecahkan seperti scramble egg.

3. Masukkan cili. sos tiram sos cili dan kicap. Sukatan agak-agak.

4. Masukkan sedikit air dan letak garam secukup rasa.

5. Masukkan sosej dan masak sampai isinya masak. Akhir sekali boleh tabur daun bawang sebagai hiasan.

6. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Baca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN