Categories: Resipi

Sosej Gulung Goreng Basah, Sos Punyalah Pekat Sampai Makan Pun Rasa Nikmat

Tak susah pun nak sediakan sarapan atau minum petang di rumah, buat saja Sosej Gulung Goreng Basah yang sedap sebab makan satu pun sudah boleh rasa kenyang.

Biasanya kita dengar orang buat versi biasa, tapi kami terjumpa resipi Sosej Gulung Goreng Basah yang disalut dengan sos pekat dan kelihatannya sangat menyelerakan.

Sosej Gulung Goreng Basah ini dihasilkan oleh Nora Affandi di Facebook dan caranya sangat mudah untuk anda buat di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pizza Dari Roti Tawar Tanpa Oven, Boleh Masak Guna Kuali Je!

RESIPI SOSEJ GULUNG GORENG BASAH

Bahan-bahan:

  • Sosej yang sudah siap
  • 1 gelas air suam
  • 1/3 gelas minyak masak

Bahan-bahan untuk buat doh:

  • 400g tepung gandum
  • 2 sudu makan yis
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan untuk buat sos:

  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • Sos cili
  • Sedikit gula

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaulkan tepung gandum bersama yis, gula dan baking powder sehingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan air secara perlahan sambil uli-uli, kemudian masukkan minyak.

3, Setelah siap kejadian doh, boleh sedia digulung-gulungkan pada sosej.

4. Kemudian, boleh goreng dalam minyak panas dengan menggunakan api sederhana, angkat dan toskan.

5. Bagi menyediakan salutan sos, kisar bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.

6. Seterusnya, tumis bawang kisar tadi sehingga naik bau.

7. Setelah itu, masukkan sos cili, sedikit air dan gula.

8. Apabila nampak rupa sos sudah sedikit pekat, boleh masukkan sosej gulung yang sudah digoreng tadi.

9. Akhir sekali, gaul sehingga sekata dan masukkan kacang tumbuk. Siap untuk dinikmati!

Idea untuk buat Sosej Gulung Goreng Basah ini sangat kreatif dan selera jadi tertarik apabila melihatnya. Oleh itu, jangan lupa kongsikan resipi ini kepada keluarga dan kawan-kawan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nora Affandi

Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago