Resipi kerabu bayam Brazil adalah hidangan yang segar dan penuh dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis. Ia sesuai dijadikan pembuka selera atau lauk sampingan pada hidangan utama.
Gabungan mangga muda yang masam manis dengan bayam Brazil menjadikan kerabu ini sangat menyelerakan. Jika anda inginkan lebih aroma, sedikit perahan limau nipis boleh ditambah sebelum dihidangkan.
Selain itu untuk pilihan lebih sihat, boleh kurangkan belacan atau gantikan dengan sedikit sos ikan untuk rasa masin yang lebih ringan.
Baca lagi: Sosej Gulung Goreng Basah, Sos Punyalah Pekat Sampai Makan Pun Rasa Nikmat
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan:
1. Mula-mula, tumbuk cili padi, cili merah, belacan, seulas bawang merah, udang kering dan kelapa parut hingga lumat.
2. Setelah bahan tumbuk lumat, gaulkan bersama mangga muda yang telah disagat halus dan bayam Brazil yang segar. Tambahkan bawang merah yang dihiris dan tomato ceri ke dalam campuran ini.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa mengikut selera anda. Pastikan bahan-bahan sebati dan rata untuk mendapatkan kerabu yang seimbang dari segi rasa.
4. Kerabu bayam Brazil anda kini siap untuk dinikmati! Hidangkan segera selepas disediakan supaya rasa dan tekstur bahan kekal segar.
Mudah sahaja, kan? Jangan lupa hidangkan bersama nasi panas atau nasi kerabu.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca lagi: Resipi Kari Dhal Murungai, Tak Sangka Sekali Makan, Jatuh Cinta!
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…