somtam mangga

Siapa yang suka akan masakan Thai pasti tahu menu Somtam Mangga ini. Boleh dikatakan menu pelengkap dengan lauk pauk lain.Kalau ada stok mangga banyak dan tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat Somtam ini.

Mudah sangat caranya dan bahan yang digunakan hanya 5 bahan sahaja. Jom kita sama-sama  cuba resipi Somtam hasil perkongsian oleh Puan Ameera.

Baca juga: Ayam Serai Ala Restoran Thai. Cara Buat Sangat Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

RESIPI SOMTAM MANGGA STYLE IBU

Bahan-bahan:

  • 4 biji mangga
  • Sedikit udang kering (saiz kecil)
  • 1 biji bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • Sos Thai secukupnya

Cara-cara:

  1. Sagat mangga seperti dalam gambar, cantik kan? Selera pun bertambah-tambah.


    somtam mangga

  2. Masukkan pula udang kecil. (empunya resipi beli di Perlis).

    somtam mangga

  3. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis.

  4. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili.

  5. Akhir sekali letakkan sos Thai. Gaul sehingga rata. Tak perlu letak garam dan gula sebab sos ini sudah secukup rasa.

    somtam mangga

  6. Siap digaul. Selamat mencuba!

    somtam mangga

Kredit: Ameera

Baca juga: Cara Buat Sos Ayam Mangga Homemade, Buat Jual Pun Pasti ‘Laku Keras’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN