Categories: Informasi

7 Snek Tahun Baru Cina Yang Popular, Anda Pun Boleh Cuba

Tak Malaysianlah kalau anda tidak pernah mencuba mana-mana snek Tahun Baru Cina yang popular ini. Setiap kali ada perayaan sesuatu kaum, pelbagai hidangan tradisional sering kali menjadi tumpuan dan ditonjolkan kepada para pengunjung.

Ia adalah salah satu cara yang baik untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan serta budaya yang kaya di Malaysia.

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Ini kerana, majoriti penduduk Malaysia menganut agama Islam,  memang lumrah untuk restoran-restoran juga menawarkan pelbagai hidangan halal. Secara tak langsung, orang Islam dapat menikmati pelbagai hidangan dari pelbagai budaya tanpa ragu-ragu.

Di bawah ini adalah beberapa senarai snek Tahun Baru Cina yang masih kekal popular hingga hari ini.

7 SNEK TAHUN BARU CINA YANG POPULAR HINGGA KINI

1. Tart Nenas

Tart nenas bukan sahaja juadah ketika Hari Raya Aidilfitri, kuih ini juga dihidangkan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Istilah ‘ong lai‘ dalam bahasa Hokkien bermaksud nanas tetapi pada masa yang sama kedengaran hampir sama dengan kemakmuran atau kedatangan rezeki.

2. Bakwa

Bakwa memang sinonim dengan Tahun Baru Cina. Makanan khas Hokkien ini berasal dari wilayah Fujian di China. Pada zaman dahulu, daging dianggap mewah dan ramai keluarga tidak mampu untuk menikmatinya setiap hari.

Jadi, apabila mereka membeli daging, mereka akan menyimpannya untuk dinikmati secara perlahan-lahan selama mungkin. Semasa peristiwa istimewa seperti perayaan Tahun Baru, mereka akan berkongsi potongan daging yang disimpan dengan rakan dan keluarga.

Seiring berlalunya masa, tradisi ini sedikit berubah. Bakwa yang asli adalah diperbuat daripada daging khinzir, tetapi di Malaysia, ada menjual versi halal iaitu daripada daging lembu dan ayam.

3. Kuih Kapit

Orang Cina lebih mengenali kuih ini sebagai ‘Love Letter’ kerana cara biskut ini dilipat, menyerupai lipatan surat. Biskut nipis ini memiliki cerita mitos romantik disebaliknyanya.

Pasangan bercinta yang susah nak jumpa selalunya akan tulis mesej romantis di atas kuih kapit ini. Sebarang bukti akan dimusnahkan dengan hanya memakannya. Tapi, kuih kapit yang dihidangkan pada musim Tahun Baru Cina berbeza sedikit kerana berintikan chicken floss. Menarik!

4. Kuih Bangkit

Kuih berperisa kelapa ini dibentuk seperti duit syiling sebagai persembahan kepada nenek moyang. Maksud nama Kuih bangkit ini adalah keupayaannya untuk naik dan berkembang dua kali ganda saiznya semasa dipanggang.

Nama kuih ini secara harfiahnya bermaksud “rising cookies”, yang melambangkan keuntungan.

5. Kepingan Haw

Snek ini diberi nama sedemikian kerana diperbuat daripada pokok Hawthorn. Sebenarnya buah daripada pokok ini boleh dimakan begitu sahaja.

Tetapi, versi snek ini lebih popular di Asia. Gula-gula ini juga dikenali ketika zaman kanak-kanak pada waktu dahulu. Siapa pernah makan mesti nak lagi kan?

6. Tray of Togetherness

“Tray of Togetherness” adalah satu tradisi yang sering dikaitkan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Ia merujuk kepada sejenis dulang atau loyang yang mengandungi pelbagai jenis kekacang yang disusun secara simbolik.

Biasanya, dulang ini diletakkan di rumah-rumah semasa perayaan CNY dan menjadi simbol kebersamaan serta kebahagiaan keluarga yang berkumpul semasa musim perayaan ini.

Isi dulang ini sering kali termasuk kacang-kacangan, biji bijian, manisan, dan buah-buahan kering yang melambangkan keberuntungan, kesuburan, dan kebahagiaan dalam tradisi budaya Cina.

7. Tanghulu

Snek yang pernah viral ini berasal daripada Beijing ini adalah salah satu snek yang diperbuat daripada buah pokok Hawthorn. Namun, ada juga yang menggantikan buah itu menggunakan buah lain seperti stawberi, oren, dan kurma.

Kebiasaannya, buah-buah tersebut akan dicucuk pada batang lidi dan gula hangus. Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah pun boleh, senang je!

Sumber: Says

Baca juga: 8 Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina & Simbolik Di Sebaliknya, Baru Tahu!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago