singgang tumis ikan selar

Salah satu makanan yang sangat sesuai untuk dibuat lauk tengahari adalah singgang tumis ikan selar. Cara penyediaan dan bahan juga sangat mudah.

Singgang tumis ini juga cukup sempurna jika hanya dimakan bersama nasi putih dan budu. Memang tak pandang kiri dan kanan dah!

Bak kata orang, lauk yang tidak ‘heavy and just nice‘.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

RESIPI SINGGANG TUMIS IKAN SELAR

Bahan-bahan:

  • Ikan selar atau pilihan lain (sebaiknya ikan kembung pelaling), gaul dengan sedikit garam.
  • 2 biji bawang besar, 5-6 ulas bawang putih, dan 2 inci halia (dihiris kasar).
  • 2 batang serai (dititik).
  • 1-2 biji cili merah besar atau cili padi untuk rasa pedas.
  • 1 keping asam keping.
  • 1 biji tomato (dibelah).
  • Belacan sebesar hujung ibu jari (dihancurkan).
  • Serbuk kunyit.
  • Garam dan secubit perasa (aji).

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris dan serai hingga keperangan dan naik bau.

2. Tambahkan air secukupnya, biarkan mendidih, kemudian masukkan serbuk kunyit, asam keping, dan belacan.

3. Masukkan ikan dan tomato, garam dan perasa secukup rasa. Kecilkan api.

4. Masak ikan selama 4-5 minit, padamkan api, dan hidangkan.

Sumber: Nor Haidah Md Said 

Baca juga: Resipi Sambal Telur Rebus Yang Pekat, Berkilat & Bersalut Cantik! Sungguh Menggoda..

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN