PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-29 03:04:49

Dah bosan asyik makan makanan yang sama je dan inginkan kelainan dalam hidangan buat seisi keluarga?  Apa kata korang try buat Roti Garlic Gradenia Ketagih & Mushroom Soup. Anak-anak mesti suka makan menu yang ringan-ringan macam ni. Yang penting makan sekali pasti nak lagi!  Resepi ini dikongsikan oleh 1001 Resepi Western Food Umie Safiyya di laman facebooknya.

 

Kredit: 1001 Resepi Western Food Umie Safiyya

 

Bahan-bahan Mushroom Soup:

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)

 

Cara-cara:

  1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
  2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
  3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
  4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
  5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.

 

Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih:

  • Roti Gardenia
  • Bawang Putih
  • Mentega
  • Secubit garam (ikut citarasa sendiri)
  • Daun Parsley

 

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih
  2. Gaul ke dalam mentega
  3. Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
  4. Sapu ke atas roti
  5.  Dan bakar api atas bawah (oven)

 

Selamat Mencuba

Kredit: 1001 Resepi Western Food Umie Safiyya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN