Categories: Resipi

Shepherd Pie Resipi MUDAH, Hanya Bakar Guna Air Fryer

Mari cuba buat resipi Shepherd Pie cara mudah ini. Hanya bakar menggunakan Air Fryer sahaja. Ia adalah hidangan tradisional British.

Pai ini sering dihidangkan secara bakar atau dalam hidangan pembakar, dan merupakan hidangan yang sangat popular di England dan negara lain yang dipengaruhi oleh British.

Pai jenis ini juga sering dianggap sebagai hidangan “comfort food” yang hangat dan mengenyangkan, sering dihidangkan pada musim sejuk atau cuaca sejuk.

Baca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!

Nama “Shepherd’s Pie” biasanya digunakan apabila hidangan dibuat dengan kambing, manakala jika daging lembu digunakan, hidangan itu boleh dipanggil “Cottage Pie.”

Resipi ini boleh berbeza-beza, dan sesetengah orang mungkin menambah rempah atau bahan tambahan lain untuk memberikan rasa yang lebih enak.

Ini adalah salah satu hidangan yang mudah disesuaikan mengikut citarasa peribadi dan sering dianggap sebagai makanan keselesaan yang lazat.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Eniza M. Salim ini. 


RESIPI SHEPHERD PIE GUNA AIR FRYER

Pie yang mudah nak buat. Sedap dan mengenyangkan Kita bakar dalam air fryer. Guna loyang 6′ dan acuan pie. Bakar suhu 180’/15 minit.

Bahan-bahan inti:

  • 6 sudu besar Minyak Masak
  • 1 Biji Bawang Merah (cincang)
  • 6 ulas Bawang Putih (cincang)
  • 500g Daging (kisar)
  • 1 sudu teh kecil Thyme
  • 1 sudu teh kecil Oregano
  • 1 sudu teh kecil Rosemary
  • 1/2 sudu teh kecil Garam
  • 1/2 sudu teh kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • 3 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 1 cawan Sayur Campur
  • 1 – 2 sudu besar Mentega cair (untuk sapuan)
  • Air secara pilihan

Bahan-bahan kentang lenyek:

  • 5 x biji Kentang (sederhana)
  • 100ml Susu
  • 50g Mentega
  • 1/2 sudu teh kecil Garam
  • 1/2 sudu teh kecil Serbuk Lada Hitam

Cara-cara penyediaan:

Inti

1. Panaskan minyak . Tumiskan bawang merah, bawang putih sampai lembut. Tambahkan daging cincang.

2. Tambahkan herba thyme, oregano, rosemary, garam, gula dan serbuk lada hitam. Gaulkan sampai sebati dan masak sehingga wangi.

3. Tambahkan kicap cair dan sos tomato.

4. Tambahkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.

5. Masukkan air , gaulkan dan masukkan sayur campur.

6. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat.

Kentang Lenyek

1. Masak kentang dengan mendidih sehingga lembut.

2. Buangkan air.

3. Tambahkan mentega, susu, garam dan serbuk lada hitam.

4. Gaul dan lumatkan sehingga semuanya gaul rata.

Gabungan:

1. Masukkan inti daging 3/4 paras cawan

2. Lepas itu taburkan dan ratakan kentang lenyek keatas permukaan.

3. Sapu mentega cair atas permukaan mash potato dan bakar.


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Eniza M. Salim

Baca juga: Pie Tee Ala Chicken Rice Shop Ikut Resipi Mak Mertua, Memang Crispy Dan Sedap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago