Jom cuba resepi karipap ayam yang sedap dan mudah ini. Biasanya kita guna daging kan? Kali ini guna inti ayam pula.
Mula-mula kita buat kulitnya terlebih dahulu. Kulit karipap perlu diperap selama 2 jam untuk menghasilkan kulit yang lembut dan rangup. Sementara tunggu kulit karipap selesai diperap, kita buat intinya pula.
Resipi perkongsian oleh Adyna ini dijamin ‘anti-gagal’. Cukup sedap jika dimakan pada waktu petang dengan secawan kopi O. Jangan lupa cuba ya!
Baca juga: Cara Buat Karipap Kulit Paratha Guna Air Fryer, Mudah Je!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian curah ke atas tepung, gaul menggunakan sudu terlebih dahulu sebab panas.
2. Apabila tepung sudah siap digaul, tuangkan pula air sejuk. Uli sehingga sebati. Jangan risau jika tak licin, asalkan sebati.
3. Bila dah siap uli, masukkan dalam plastik supaya tidak terkena angin supaya doh lembut dan sedikit berminyak. Biarkan selama 1 atau 2 jam.
4. Kemudian sedia untuk digunakan untuk membuat karipap.
5. Kalau nak buat untuk goreng, goreng separuh masak saja.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, gula, garam, perasa dan sedikit air.
3. Masukkan daging ayam yang dicincang dan ubi kentang. Kacau sehingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Sedia digunakan untuk inti karipap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Adyna
Baca juga: Resipi Karipap Sardin Paling Sedap, Sekali ‘Ngap’ Pasti Tak Cukup Satu!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…