Pernah cuba Shakshuka? Hidangan ini popular dari Timur Tengah. Ada pelbagai variasi untuk makan bersama Shakshuka ini. Kebiasaannya dimakan ketika sarapan pagi atau makan malam yang ringkas.
Shakshuka ini merupakan hidangan telur pecah dalam sos tomato, lada cili, dan bawang. Jika versi hidangan tanpa telur pula, ia dikenali sebagai galayet bandora, sangat popular di Jordan, Palestin dan di sekitar Laut Mati.
Baca juga: Menu Asal Dari Timur Tengah, Ini Resepi Nasi Bukhari! Bau Rempah Ratusnya Sangat Menyelerakan
Ia juga enak dimakan bersama roti seperti baguette, sourdough atau pasta. Memang sesuailah untuk korang yang tengah nak diet itu. Memang sedap dan yang penting berkhasiat!
Resipi Shakshuka ini telah dikongsikan sendiri oleh Norafiqah Mohamad Sarbini di laman Facebook. Katanya makanan kegemaran beliau ini wajib ada dalam menu hariannya jika tak tahu nak masak apa. Jom kita tengok!
Bahan-bahan:
*Bahan-bahan ini tiada sukatan, main agak-agak je
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, kemudian bawang putih & sausages.
2. Masukkan crushed tomato, garam, blackpepper.
3. Bila dah masak, buat kawah untuk letakkan telur.
4. Hiriskan parmesan chesse dan sedikit blackpepper.
5. Masukkan dalam oven pada suhu 180-190 Celcius sampai masak. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…