Pernah dengar tak makanan daripada Arab iaitu Kunafa? Katanya orang ramai sekarang tengah tergilakan makanan viral ini sehingga ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkannya.
Baca juga: ‘Port’ Baru Kunafa Cheese Di Kg Baru, Orang Kata Sedap Tak Terlalu Manis
Rupanya tak susah mana kalau ada yang nak cuba buat sendiri kunafa di rumah. Sesuai untuk yang malas nak beratur panjang. Kadang-kadang bukan main beratur lama, sekali bila nak order dah habis pula.
Kalau ada yang nak cuba buat sendiri kat rumah, boleh ikut je resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Wan Luqman di bawah.
Rupa bentuk Kunafa Pastri/Kataifeh macam bihun. Tapi tekstur dia halus je. Boleh beli di shopee.
Curahkan butter cair supaya berwarna sedikit kuning. Gaul rata.
1. Panaskan susu sekotak.
2. Masukkan cream cheese 250gm.
3. Tambahkan juga 4 ketul cheese arab ini. (cheese teama) Boleh guna yang ini saja, tak perlu guna cream cheese.
4. Kacau sehingga cheese cair.
5. Masukkan pula mozarella cheese. (potong dulu)
6. Kacau sehingga pekat.
7. Masukkan kunafa pastry tadi ke dalam acuan. Tekan sehingga padat.
8. Tuangkan cheese tadi. Kemudian lapiskan dengan kunafa pastry. Dan ulang sehingga menjadi beberapa lapisan.
9. Tekan sedikit sehingga mampat.
10. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum bakar. Bakar pada suhu 180°c selama 10-15minit.
11. Untuk buat air gula, didihkan air dalam periuk, masukkan gula.
12. Perah 1/2 biji lemon.
13. Tuangkan air mawar.
14. Curahkan air gula ke atas kunafa yang sudah dibakar.
15. Taburkan juga pistachio di atasnya.
Selamat mencuba!
Kredit: Wan Luqman
Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…
Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…
Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…
Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…
Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…
Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…