PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-30 05:51:14

Sebut sahaja menu 'sate' mesti ramai yang terbayangkan aroma daging yang diperap dengan rempah ratus sememangnya mampu membuka selera setiap penggemarnya. Gabungan daging yang lembut dimakan bersama kuah kacang memang ngam lah! 

Haa jadi apa kata malam ni kita pekena sate pulak! Makan sate sepuas-puasnya dengan mencuba resepi dari Sajian Kampung melalui laman Facebooknya.

Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

Bahan-bahan:

  • Isi dada atau peha ayam 10kg
  • Gula 3 kilo
  • Garam 10 sudu (Jangan membukit)
  • Ajinomoto 2 sudu
  • Kunyit babas 125g

Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

Bahan-bahan kisar:

  • Jintan manis biji 20 sudu
  • Jintan putih biji 10 sudu
  • Serbuk ketumbar babas 10 sudu
  • Serai 10 batang
  • Lengkuas agak-agak 2 ibu jari
  • Halia agak-agak 2 ibu jari
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 2 biji

 

Cara-cara:

  1. Potong dadu isi ayam.
  2. Kulit ayam celur sekejap potong kecil agak-agak boleh cucuk.
  3. Masuk semua bahan-bahan di atas
  4. Gaul rata perap 2 ke 3 jam kemudian cucuk bakar.

​​Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

Bahan renjis masa bakar:

  • 2 sudu susu pekat manis atau santan
  • Air perap satay
  • Air masak sedikit
  • Minyak masak campur buat untuk renjis (Bau harum semerbak masa bakar nanti)

            Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

Untuk kuah kacang

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 3kg
  • Minyak masak 1kg
  • Cili kering
  • Gula 1 kg
  • Garam
  • Air perapan satay 5 cawan
  • Bahan tumis sama macam bahan kisar tadi sukatan separuh dari tadi

 

Cara-cara buat kuah kacang:

  1. Tuang minyak dalam kuali. Terus letak kacang, bila minyak panas kacang pun masak jangan sampai hitam nanti lemak kacang hilang, goreng cili kering angkat bila sejuk boleh tumbuk atau blend (saya blend dengan air).
  2. Tumis bahan kisar (serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketumbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak, kemudian tuangkan bahan tumis dalam kacang dengan cabai yang dikisar tadi. Perasakan dengan gula garam. Kalau suka ajinomoto letak lah sikit dan kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ikut cita rasa sendiri.

Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

Kredit: Aisyah Mohd Nor

 

 

Selamat mencuba

 

Kredit: Aisyah Mohd Nor

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN