makan mata lembu

Setiap anggota lembu boleh dimasak dan dijadikan pelbagai hidangan yang enak. Bukan sahaja daging, malah organ lembu juga boleh dimakan.

Ada juga yang percaya organ lembu tertentu mempunyai khasiatnya  jadi ia boleh diamalkan demi kesihatan tubuh badan. Tapi buat mereka yang tidak biasa, sudah tentu akan berasa geli melihatnya.

‘Selamber’ Makan Mata Lembu, Gadis Ini Buat Netizen Rasa Kembang Tekak’

Seorang gadis di TikTok memuat naik satu video yang berkongsikan aksinya memakan mata lembu secara mentah.

Menurutnya, tekstur dan rasa mata lembu tersebut seperti jeli dan rasa masin-masin. Sedap katanya!

Menerusi carian di Google, memakan mata lembu secara mentah yang dikatakan berupaya menyembuhkan sakit belakang atau membantu memberi tenaga masih menimbulkan keraguan terutamanya kepada tubuh badan manusia.

Ramai terkejut mata, lidah, otak lembu boleh dimakan!

Meninjau ke ruangan komen, rupanya ramai yang tidak tahu mata lembu boleh dimakan. Bukan itu saja, ada  juga yang terkejut otak dan lidah haiwan itu juga boleh dimakan!

Ada juga yang ‘kembang tekak’ melihat gadis ini memakan mata lembu secara mentah.

Ada juga yang berseloroh mahu mencuba ‘aksi berani’ itu.

Lihat video penuh:

Sumber: TikTok @ieyzahh23

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN