Categories: Infomasi

Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi

Isu kekurangan ayam segar di pasaran baru-baru ini membelenggu fikiran rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan juga pengguna.

Rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut lagi-lagi buat peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka.

Menerusi satu perkongsian oleh pemilih ladang ternak ayam di laman sosial Facebook, Wak Akob berkongsikan sebab kepada permasalahan tersebut. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Ayam Habis, Peniaga Ayam Bakal Tutup Kedai?

Assalamualaikum, saya Yani. Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak. Ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses dan perniagaan ayam.

Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir2 ini, ayam tiada di pasar, KFC tiada ayam goreng, ayam naik harga.

Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun

Harga bergantung apa? Bergantung kos. Kos naik, harga naik. Kos turun, harga turun.

Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.

Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadak kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.

Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021). Harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021). Harga gandum meningkat

Semua ini, bahan2 yang menjadi kandungan utama dedak (lebih 80%). Dan bahan2 ini, diimport.

Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya.

Ayam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.

Baka2 ayam ini kebanyakannya baka2 import seperti COBB, ROSS, Indian River.

Mereka bukan makan jagung manis cameron highland. Mereka makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.

Bahan2 ni, kita bukan import sikit-sikit. Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport.

Boleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh. Memang boleh.

Jadi bila bahan2 mentah ini naik harga, harga dedak meningkat. Dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%).

Bila meningkat, kos ternakan meningkat, dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat.

Dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021. Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak.

Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan.

Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi.

Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan sementara kami nampak titik keluar. Jadi sebab itulah ayam kurang.

Tiada konspirasi, tiada agenda

Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup.

Kemudian, harga kawalan makin turun. RM9.10, kemudian RM8.90, ada pula buat RM8.

Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar.

Bukan anak ayam tiada atau bermasalah, tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi?

Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.

Sekian,

Yani Hardinata Hairuddin

Tokey Ayam Wak Akob

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago