sayur pedas petolasayur pedas petola

Sayur pedas petola merupakan salah satu masakan yang sering dimasak oleh orang Kelantan. Biasanya, mereka memanggil masakan ini dengan nama sayur pedas tene.

Lauk ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas bersama ikan goreng dan sambal belacan. Sayur ini juga sesuai untuk orang yang tidak suka lauk bersantan atau berlemak.

Selain itu, masakan ini tidak perlu tidak menggunakan minyak sama sekali. Jadi, ia boleh dikatakan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Kalau ada yang mahu mencubanya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Memey Sedak.

Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!

RESIPI SAYUR PEDAS PETOLA

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Buang kulit petola yang keras, ambil isinya sahaja. Hiris kepada beberapa bahagian kecil.

2. Tumbuk isi ikan yang sudah direbus, bawang merah dan lada hitam.

3. Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama hirisan petola tadi.

4. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

5. Apabila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.

6. Bila dah cukup rasa dan petola sudah lembut, boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

sayur pedas petola

Kredit resipi dan gambar: Memey Sedak

Baca juga: Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Lauk Kampung Yang Nikmat Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN