Sayur lemak jambu golok dengan sotong merupakan salah satu masakan yang terkenal di negeri Terengganu.
‘Jambu golok’ ini sebenarnya adalah buah gajus, namun dipanggil dengan nama tersebut oleh kebanyakan orang Pantai Timur.
Siapa yang belum pernah cuba, memang sangat rugi. Masakan ini boleh dikatakan rare kerana tidak ramai yang menjualnya.
Jika ada yang mahu mencuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Sofea Sufi di bawah.
Baca juga: Resipi Sihat & Mudah, Mi Calong Terengganu Ini Sesuai Untuk Orang Diet & Berpantang
RESIPI SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK
Bahan-bahan:
- Jambu golok/buah gajus (buang biji, potong memanjang)
- Sotong (potong)
- Santan
- Limau kasturi
- Garam
Bahan kisar:
- 5 ulas bawang merah ros
- 1 ulas bawang putih
- 2 hiris nipis halia
- Isi ikan selayang/sardin rebus
- 2 sudu teh lada hitam
Cara-cara:
1. Bersihkan sotong, cuci dengan limau nipis. Ketepikan.
2. Ramas beberapa kali buah jambu golok dengan garam untuk membuang rasa kelatnya. Toskan.
3. Masukkan bahan kisar, santan dan hirisan jambu golok ke dalam periuk. Kacau-kacau.
4. Bila kuah dah menggelegak, perasakan dengan garam secukup rata. Masukkan sotong dan biarkan sekejap sebelum tutup api. Jangan terlalu lama, takut sotong keras.
5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Rasa
Baca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh