Categories: Resipi

Sayur Daging Cincang, Makan Dengan Roti Memang Tak Pernah Cukup!

sayur daging cincangsayur daging cincang

Lauk sayur daging cincang  ini memang merupakan hidangan versatile yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis roti seperti roti biasa, roti canai atau paling ngam, roti capati.

Banyak sebab yang membuatkan anda wajib cuba hidangan ini sepertinya, mudah dan pantas, bahan-bahan ringkas serta paling penting sedap dan jimat.

Anda juga boleh menambah terung dan kacang panjang di dalam resipi mengikut citarasa tersendiri. Apa tunggu lagi, jom cuba!

Baca lagi: Resipi Sambal Terung Ikan Bilis, Sedap Sangat Makan Tak Puas!

RESIPI SAYUR DAGING CINCANG

Bahan-Bahan:

  • Daging cincang
  • Sayur sawi (1-2 ikat, apa-apa jenis pun boleh)
  • Bawang putih 3-4 ulas (boleh tambah bawang besar jika suka)
  • Cili padi 3-4 biji (tambah jika suka lebih pedas)
  • Sedikit rempah kari untuk perisa
  • Serbuk perasa dan garam secukupnya

Cara-Cara:

1. Cincang halus sayur sawi.

2. Racik bawang putih dan cili padi hingga halus.

sayur daging cincangsayur daging cincang

3. Tumis bawang putih dan cili padi dalam kuali sehingga naik bau wangi.

4. Masukkan sedikit rempah kari dan kacau rata.

5. Tambahkan daging cincang dan gaul hingga daging tersebut mula mengeluarkan airnya.

6. Setelah daging masak, masukkan sayur sawi yang telah dicincang.

7. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam mengikut selera.

8. Siap! Sedia untuk dihidang.

Sumber: Shakirah Salleh

Baca lagi: Cara Bezakan Udang Laut & Udang Bela, Yang Mana Satu Lagi Sedap?

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

2 days ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

2 days ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

2 days ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

2 days ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

3 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

3 days ago