Categories: HiburanInfomasi

Sarapan Roti Canai Lupa Bawa Cash, Gadis Tak Sangka Dilayan Begini

Dalam teknologi yang serba moden di Malaysia kini, penggunaan duit tanpa tunai (cashless) sememangnya sudah diguna pakai oleh orang ramai.

Jika anda perasan, sudah banyak kedai makan, retail shop dan pusat membeli belah menggunakan teknologi cashless seperti QR Code. QR Code ini biasanya terpapar di kaunter pembayaran.

Namun ada juga kedai makan dan warung jalanan khususnya masih tidak menggunakan cara ini atas faktor-faktor tertentu.

Oleh sebab itu, walaupun sekarang adalah zaman teknologi, anda tetap perlu sentiasa membawa wang tunai kemana-mana sahaja.

Lupa bawa cash

Pemilik akaun twitter bernama @AnasofeaRidzwan telah menulis satu bebenang mengenai peristiwa mengejutkan yang menimpa dirinya apabila dia tidak membawa wang tunai yang cukup ketika berkunjung ke sebuah warung roti canai.

Katanya, dia hanya mempunyai wang tunai sebanyak RM5 untuk membuat pembayaran namun jumlah pembayaran adalah sebanyak RM10.

Oleh itu, dia menawarkan untuk membuat pembayaran melalui online transfer ataupun QR Code.

Terkejut dengan respon pekerja

Namun, respon pekerja di Warung Roti Canai John/Mizan Corner itu telah membuatnya terkejut.

“Pagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik, makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR.” Tulisnya.

“Nak tahu apa staf dia cakap?” 

“Akak jangan risau. Ambil kertas ni, nanti akak boleh keluarkan duit and bayar bila2. In case akak sibuk dan tiba2 terlupa, saya halalkan, jangan risau.” Balas pekerja tersebut.

Orang baik datang dalam pelbagai cara

Gadis itu turut percaya Tuhan telah menghantar orang baik dalam pelbagai cara kerana pekerja tersebut tetap percaya terhadap pelanggannya walaupun bayaran itu besar.

“They are kind. The food is good. Banyak car park and sebelah dia ada taman rekreasi sambil makan tenang menghadap.”  Tulisnya lagi.

Disebabkan perkongsiannya itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati roti canai di warung tersebut.

Sumber: @AnasofeaRidzwan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago