sandwich smoked chicken

Mari cuba buat sandwich smoked chicken toast with egg. Mudah dan ringkas saja cara penyediaannya. Menyediakan bekal sekolah yang berkualiti dan menyihatkan adalah penting bagi memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi.

Jika tiada idea nak buat menu bekal harian, boleh cuba idea yang menarik dengan menyediakan menu sandwich versi ini.

Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!

Selain daripada memberi rasanya yang lazat, resipi ini juga mudah disediakan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa dan keperluan keluarga. Ikuti bagaimana untuk menyediakan bekal yang pastinya akan menjadi kegemaran anak-anak!

RESIPI SANDWICH SMOKED CHICKEN TOAST WITH EGG

Bekal sekolah pagi ini saya menyediakan Sandwich Roti Panggang Ayam Salai dengan Telur. Namanya panjang, tetapi rasanya? Belum tentu. Tetapi, resipinya mudah dan cepat, tak sempat nak berpeluh macam selalu.

sandwich smoked chicken

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti (jenis tidak penting)
  • 1 keping ayam salai
  • 1 biji telur
  • 1 keping keju
  • Sedikit mentega/marjerin/sesuai dengan keperluan
  • Sedikit mayonis (jenis tidak penting)
  • Sedikit garam dan lada sulah/hitam

Cara penyediaan:

1. Sapukan mentega atau marjerin pada sekeping roti, dan pada sekeping lagi, sapukan mayonis. Kemudian, letakkan roti tersebut di tepi.

2. Panaskan kuali, sapukan sedikit mentega dan pecahkan telur. Ratakan telur seperti membuat burger, kemudian letakkan kepingan ayam salai di atasnya. Tabur sedikit garam dan lada sulah atau lada hitam.

3. Lipat telur agar menutup dan berukuran sama dengan kepingan ayam (rujuk gambar), kemudian balikkan. Panaskan selama 30 saat, angkat, dan letakkan di atas roti.

4. Letakkan juga kepingan keju di atasnya, kemudian tutup dengan kepingan roti yang lain.

5. Siap! Anda boleh memotongnya menjadi dua segitiga.

sandwich smoked chicken

Kepingan ayam itu boleh diganti dengan bahan lain jika tidak ada. Anda boleh menggunakan daging ayam cincang, sayuran, atau mungkin crabstick. Selamat mencuba.

Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

Sumber: Khairul Abdullah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN