Bau busuk sampah di dapur sering menjadi masalah yang dihadapi oleh banyak orang. Sarang telur terpakai yang biasanya dibuang rupanya boleh menjadi penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Sisa makanan, seperti sayur-sayuran yang rosak, kulit buah, atau lebihan makanan boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan apabila terperangkap dalam tong sampah. Keadaan ini bukan sahaja boleh mencemarkan udara di dalam rumah, tetapi juga boleh menarik perhatian serangga seperti lalat dan tikus.
Namun, terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk mengurangkan bau dan kelembapan dalam tong sampah. Salah satu petua yang berkesan ialah menggunakan sarung telur terpakai sebagai pelapik.
Sarung telur ini dapat berfungsi untuk menyerap kelembapan dan bau yang tidak diingini. Dengan cara ini, sisa makanan tidak akan bersentuhan secara langsung dengan plastik sampah, sekali gus mengurangkan risiko pembentukan bau busuk.
Menggunakan petua ini di rumah bukan sahaja dapat menjadikan dapur lebih bersih dan segar, tetapi juga membantu dalam pengurusan sisa makanan dengan lebih baik. Anda boleh mencuba petua ini dan melihat keberkesanannya dalam mengatasi masalah bau busuk di dapur.
Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!
Berikut merupakan cara-caranya:
Sumber: Nur Husna Saikun via Kata Viral
Baca juga: Ini 11 Jenis Gula Yang Korang Kena Tahu & Cara Kegunaannya
Puding strawberi coklat antara pilihan pencuci mulut yang boleh dicuba jika ingin menyediakan sesuatu yang…
Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur…
Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…
Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…
Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek…
Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan…