sambal tumis ikan bilis

Sambal tumis ikan bilis kantan ini sangat sedap sekiranya dimakan bersama nasi putih, nasi lemak dan menjadi hidangan sampingan yang lain.

Sambal ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk dan tahan lebih lama, menjadikannya pilihan hidangan yang praktikal dan sedap untuk seisi keluarga.

Senang dan cepat, kan? Jimat masa anda untuk menumis sambal setiap kali nak makan.

Jom kita baca resipi lengkap di bawah ini

Baca lagi: Resipi Roti Goreng Budak Sekolah, Rangup Dan Tak Serap Minyak!

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS KANTAN

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan ikan bilis (boleh digoreng menggunakan air fryer untuk hasil yang lebih sihat)
  • 5 biji bawang kecil atau 1½ biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering (buang biji)*
  • Sedikit air asam jawa atau beberapa keping asam gelugur
  • 2 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Untuk cara yang lebih sihat, goreng ikan bilis menggunakan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit. Pastikan ikan bilis garing sempurna sebelum digunakan. Sekiranya tidak menggunakan air fryer, anda boleh goreng seperti biasa menggunakan minyak di dalam kuali.

2. Kisar bawang kecil, bawang putih, dan cili kering yang telah dibuang biji. Bahan-bahan ini akan menjadi asas kepada sambal yang lazat. Pastikan ia dikisar halus untuk mendapatkan tekstur sambal yang lembut dan sebati.

3. Panaskan minyak dalam kuali yang secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ini adalah proses penting kerana sambal perlu dimasak sehingga keluar minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan tahan lebih lama.

4. Ulang proses mengacau dan biarkan sambal pecah minyak 3 hingga 5 kali supaya sambal benar-benar masak dan warnanya menjadi merah yang cantik.

5. Setelah sambal masak, masukkan sedikit air asam jawa atau asam gelugur untuk memberi rasa masam yang seimbang. Kacau rata dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Rasa sambal perlu seimbang antara pedas, manis, dan masam.

6. Setelah sambal hampir masak, masukkan hirisan bunga kantan ke dalam sambal. Bunga kantan akan memberikan aroma yang segar dan menambah rasa unik kepada sambal tumis. Teruskan memasak sehingga sambal sedikit kering.

7. Setelah sambal siap dimasak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Apabila sambal sudah sejuk, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.

8. Gaul rata supaya ikan bilis bersalut dengan sambal.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Cara Buat Bepang Beras Guna Nasi Sejuk, Jajan Mudah Hanya 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN