Categories: Resipi

Sambal Terung Pipit Ala Minang, Pedas Wangi Daun Limau Buat Tak Cukup Sepinggan

Kalau sebut sambal terung pipit, ramai terus terbayang lauk kampung yang ringkas tapi padu rasanya. Terung pipit memang terkenal dengan rasa sedikit pahit yang unik, dan bila dimasak dengan sambal yang betul, rasanya jadi luar biasa sedap.

Kali ini kami kongsikan resipi Sambal Terung Pipit Ala Minang yang ada kelainan tersendiri. Sambal ini digabungkan dengan ikan bilis rangup serta daun limau purut yang memberi aroma wangi dan rasa masam segar. Memang sesuai dijadikan lauk utama makan tengah hari atau malam.

Resipi ini merupakan olahan daripada perkongsian Eka Zahra dan sangat mudah disediakan walaupun untuk yang baru belajar memasak.

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Petai, Lauk Paling Jimat Tapi Sedap Macam Mak Masak!

RESIPI SAMBAL TERUNG PIPIT ALA MINANG

Bahan-bahan:

  • 1 cawan ikan bilis (digoreng hingga garing)
  • 1 cawan terung pipit (direbus hingga lembut atau digoreng)
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang tengah & hiris halus)
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Penyedap rasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah (boleh tambah ikut tahap pedas)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu.

2. Tumbuk atau kisar kasar cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul wangi dan masak.

4. Masukkan daun limau purut, teruskan menumis sehingga sambal pecah minyak.

5. Masukkan kicap manis, garam dan penyedap rasa. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.

6. Masukkan terung pipit, gaul perlahan supaya tidak hancur.

7. Tutup api dan biarkan sambal suam sekejap.

8. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata supaya bilis kekal rangup. Siap untuk dihidangkan.

Tips Supaya Sambal Terung Pipit Lebih Sedap

  • Jangan gaul bilis ketika sambal masih panas
  • Daun limau purut wajib dibuang tulang tengah supaya tidak pahit
  • Terung pipit boleh digoreng sekejap untuk rasa lebih lemak
  • Sambal ini tahan 1–2 hari jika disimpan dalam bekas bertutup

Kalau anda peminat masakan kampung yang ringkas tapi penuh rasa, sambal terung pipit ala Minang ini memang wajib masuk dalam senarai resipi kegemaran. Pedas, wangi dan cukup menyelerakan, sekali cuba, pasti nak ulang lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Eka Zahra

Baca juga: Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago