Untuk mencari makanan lazat, kadang-kadang tidak perlu bersusah payah memasak, hidangan sambal telur resipi menggunakan arwah Siti Sarah ini sudah cukup menggiurkan.
Untuk meningkatkan kelazatan hidangan ringkas ini, anda boleh mengikuti perkongsian daripada Ameera. Beliau berkongsi bahawa sambal telur ini merupakan resipi daripada Allahyarhamah penyanyi, Siti Sarah. Cara penyediaannya sangat mudah tetapi rasanya amatlah sedap.
Baca juga: Sambal Tumis Sardine SIMPLE, Hanya Guna 5 Bahan Je
Bahan utama:
Bahan-bahan tumbuk:
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Boleh saja kalau nak letak lebih bawang. Belacan secukupnya.
2. Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Waktu ini kita tengok, kalau cili terkurang letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.
3. Letak asam keping, supaya sambal ada rasa masam masam.
4. Kemudian masukkan gula kabong. Selalunya sambil memasak, arwah akan berdoa, yang elok kita ikut.
5. Selepas itu masukkan garam secukup rasa. Jika pakai cili boh, kena letak sedikit air waktu ini. Jika guna cili kisar tak perlu dah sebab waktu blend dah letak air.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan telur satu demi satu dalam kuali. Jangan kacau kacau telur, nanti pecah.
7. Tutup kuali dengan penutup supaya telur masak elok.
8. Kemudian masukkan bawang hiris.
9. Biar sampai masak begini. Ok dah siap masak sambal telur. Makan dengan nasi panas panas, satu lauk ini saja dah cukup.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Ameera
Baca juga: Sotong Sumbat Sambal Telur Disirami Sos Thai, Kecur Air Liur Dibuatnya
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…