Resipi sambal pauh merupakan salah satu makanan Kelantan yang wajib dicuba. Memang cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas.
Orang Kelantan biasanya memanggil menu ini dengan nama ‘sambal putik pauh’. Dalam bahasa Melayu, putik pauh bermaksud mangga muda.
Jika sebelum ini kita biasa makan nasi dengan sambal belacan, kali ini apa kata jom cuba jenis sambal yang lain pula.
Ikuti cara-cara membuat sambal putik pauh oleh Puan Azizah Zainudin di bawah. Menurutnya, resipi ini dipelajari oleh ibu kepada rakannya di Kelantan.
Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kupas kulit buah mangga muda dan cincang halus. Ketepikan.
2. Kemudian, cuci bersih ikan selayang dan bakar sehingga masak menggunakan api perlahan.
3. Kemudian, buang tulang ikan dan ambil isinya sahaja.
4. Seterusnya perasakan isi ikan dengan garam.
5. Satukan buah mangga yang telah dicincang tadi bersama cili padi yang telah ditumbuk dan isi ikan di dalam satu mangkuk. Kemudian gaul sehingga rata.
6. Isi ikan juga boleh ditumbuk bersama cili padi dan kemudiannya satukan dengan buah mangga.
7. Jika suka pedas, boleh lebihkan cili padi hijau dan merah mengikut tahap kepedasan yang disukai.
8. Jika suka masam, lebihkan kuantiti buah mangga. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azizah Zainudin
Baca juga: Petua Masak Gulai Kuning Lengkuas Ikan Aya Pekat & Sedap, Ikut Cara Orang Tua Dulu
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…