Resipi Sambal Kicap Style Johor ini memang padu. Andai ke sana, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu.
Baca juga: Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!
Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri?
Jom cuba resipi perkongsian dari Cik Puan Norhayati Bt Ismail Tang ini. Oh ya, ada petua tau supaya sambal kicap ini tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.
RESIPI SAMBAL KICAP STYLE JOHOR
Bahan-bahan:
- Cili padi 30 biji
- Bawang putih – 2 labu (digoreng hingga perang)
- Kicap masin – ½ botol atau ikot paras cili dlm jug blender
- Cuka/air limau – 3 sudu besar
- Gula – 5 sudu besar
Cara penyediaan:
1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
Info Tambahan:
- Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
- Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
- Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.
- Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
- Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!